Ringgit Lemah, Hasrat Pelajar Sambung Pengajian Di Luar Negara Terbantut

Ringgit Lemah, Hasrat Pelajar Sambung Pengajian Di Luar Negara Terbantut

Ringgit Lemah, Hasrat Pelajar Sambung Pengajian Di Luar Negara Terbantut

Pelajar-pelajar yang bercadang untuk melanjutkan pengajian ke luar negara dikatakan terpaksa menangguhkan hasrat mereka disebakan nilai ringgit yang lemah, menyebabkan kos pengajian untuk tempoh tiga empat tahun tidak dapat dibiayai.

Kos selepas COVID-19, dilaporkan meningkat sehingga 20% – 10% daripada yuran pengajian manakala 10% lagi untuk menampung kos sara hidup yang lebih tinggi akibat kejatuhan nilai ringgit.

Menurut laporan, pelajar-pelajar yang masih ingin melanjutkan pengajian di luar negara kini sedang mencari program ijazah berkembar di mana mereka akan belajar satu atau dua tahun di universiti tempatan sebelum menamatkan baki pengajian mereka di luar negara dalam usaha untuk mengurangkan kos.

Menurut pengasas MyStudy, sebuah syarikat penempatan pelajar, CK Chiau berkata nilai ringgit yang lemah memberi kesan kepada perniagaannya kerana ibu bapa kini lebih berminat menghantar anak mereka untuk melanjutkan pengajian di dalam negara berikutan kos yang melambung tinggi.

Tambah Chiau, yuran pengajian dan kos sara hidup adalah dua perkara yang sangat merisaukan ibu bapa.

Artikel berkaitan: Ringgit falls before FOMC decision tonight

Menurut Chiau lagi, destinasi pengajian tinggi luar negara yang popular untuk pelajar Malaysia ialah United Kingdom, Australia, Ireland dan Jerman.

MyStudy yang ditubuhkan pada 2004 juga telah membantu ribuan pelajar mencari tempat di universiti di Singapura dan Eropah.

Bagaimanapun, Perancang Kewangan Nicholas Chu, menasihati ibu bapa agar hanya menghantar anak mereka ke luar negara sekiranya ada kemampuan.

Yuran pengajian di universiti yang bakal dimasuki juga perlu diteliti terlebih dahulu kerana setiap universiti adalah berbeza-beza.

Untuk mengikuti kursus perakaunan di universiti tempatan mungkin menelan belanja antara RM50,000 hingga RM100,000 bagi tempoh tiga tahun pengajian sepenuh masa, manakala ia boleh menjangkau RM100,000 hingga RM200,000 di Australia serta antara RM300,000 dan RM 600,000 di Amerika Syarikat.

Walaupun yuran pengajian adalah pertimbangan utama, namun ibu bapa tidak seharusnya melupakan kos sara hidup seperti penginapan, pengangkutan dan makanan.

Menurut Chiau, sekiranya ibu bapa ingin anak mereka melanjutkan pengajian di luar negara, mereka sepatutnya mewujudkan dana pendidikan dan memperuntukkan 10% hingga 30% daripada pendapatan bersih tahunan. Ini berikutan perancangan awal dan permulaan adalah sangat penting.

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!

Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *